KUANTAN, 2 MEI – Satu Mesyuarat Jawatankuasa kerja (JKK) antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang dengan Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Pulau Tioman, pagi tadi.
Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki dan Timbalan Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur, Encik Mohd Azhan bin Abdullah.
Mesyuarat yang telah berlangsung selama tiga jam itu membincangkan beberapa isu penting bagi penyelesaian dan tindakan bersama antaranya isu sport fishing di Terengganu, bot nelayan karam di break water Kemaman dan di perairan Tok bali serta kes-kes berkaitan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Selain itu turut dibincangkan juga mengenai penguatkuasaan secara bersepadu, pertukaran maklumat dan perancangan aktiviti bersama antara agensi dan jabatan pada masa hadapan.
KM MULIA KEMBALI PERKUKUHKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN | OPERASI BERSAMA AADK DAERAH PORT DICKSON
UBAH SUAI TANGKI MINYAK, BOT NELAYAN SERTA KRU WARGA LAOS DITAHAN
BOT NELAYAN DITAHAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN
BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING
DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL
60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK
10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG
PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)
LAHAD DATU, 17 MEI – Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna binti Razali Chan telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Operasi Pengurusan Navigasi Udara (BOPNU) iaitu Encik Khairul A’amali bin Ismail semalam.
Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Pengurus Tawau (ARSC), Pengurus Lahad Datu (CAAM Lahad Datu), Penolong Pengarah Kanan Kota Kinabalu (ARCC) serta berberapa pegawai SAR CAAM.
Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kalinya dari pihak CAAM sejak ditubuhkan ke Zon Maritim Lahad Datu.
Pertemuan dua hala ini melibatkan Unit Search and Rescue (SAR) CAAM yang berperanan menerajui dan menjalankan operasi SAR Aeronautika serta mengkoordinasikan operasi bersama Agensi SAR Kebangsaan.
Selain mengeratkan lagi persefahaman dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara pihak Maritim Malaysia dan CAAM, turut dibincangkan berkaitan kerjasama dan prosedur semasa CARILAMAT kemalangan udara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah.
Turut hadir dalam kunjungan hormat ini Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Zon (Siasatan), Leftenan Maritim Muhammad Yasir bin Mahamad Najib dan Pegawai Seksyen Operasi, Leftenan Madya Maritim Lawai Mering.
Sesi kunjungan ini diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan sedia ada yang terjalin di antara kedua-dua pihak.