Bahagian Bekalan adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Logistik. Bahagian ini dibahagikan kepada 2 Cawangan iaitu Cawangan Bekal Am dan Cawangan Bekal Teknikal.Fungsi Bahagian Bekalan adalah seperti berikut:
- Mengkaji dan menyediakan spesifikasi teknikal bagi catuan, pakaian, pengurusan bahan bakar dan peralatan operasi.
- Menyedia, menyemak dan menyelaras keperluan harta modal dan inventori yang diperlukan oleh Maritim Negeri dan Zon Maritim.
- Menyedia, menyemak dan memantau arahan pelaksanaan kontrak catuan, pakaian, bahan bakar dan peralatan operasi.
- Menyedia dan menyelaras keperluan kewangan bagi keperluan catuan, pakaian, pengurusan bahan bakar dan peralatan operasi.
- Memberi khidmat nasihat mengenai arahan dan peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan melalui surat dan pekeliling.
- Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal pentadbiran yang melibatkan persuratan, rekod, dokumen, kebajikan dan kerjaya anggota.
- Menguruskan surat-menyurat, rekod dan pemfailan serta keperluan pentadbiran cawangan.
- Menguruskan rekod kehadiran, cuti kakitangan dan hel ehwal HRMIS cawangan.
- Memberi khidmat nasihat berhubung pengurusan stor bagi peralatan operasi.
- Menyelia pengurusan senjata dan peluru serta menyelaras semua perolehan persenjataan termasuk pembekalan peluru dan bahan letupan.