15
Rab, Mei

Grid List

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

BOT TUNDA BERSAMA LAPAN KRU DITAHAN ZON MARITIM MIRI

TIADA PERMIT KERJA, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

BOT REKREASI BERSAMA LAPAN PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM KUALA KEDAH RAMPAS 45 SET BUBU NAGA

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MENGGAJIKAN KRU WARGA ASING

PELABUHAN KLANG, 15 MEI – Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 16 batu nautika barat daya Tanjung Karang, kira-kira pada sekitar jam 1.20 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu ditahan ketika KM DANGA melakukan rondaan rutin penguatkuasaan di sekitar perairan Selangor semalam.

Pemeriksaan awal mendapati bot terbabit dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 37.

Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati bot berkenaan telah melanggar syarat sah lesen kerana menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Bot serta kru ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan serta aktiviti jenayah di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 15 at 9.30.26 AM
 
WhatsApp Image 2024 05 15 at 9.30.25 AM

DUA WARGA FILIPINA DITAHAN CUBA SELUDUP MINYAK PETROL

KUDAT, 14 MEI – Zon Maritim Kudat berjaya menahan sebuah bot bersama dua individu dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan minyak petrol di perairan Kudat, semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, lebih kurang pukul 4.00 pagi semalam, bot ronda Zon Maritim Kudat yang pada ketika itu sedang menjalankan rondaan OP TIRIS di sekitar kawasan perairan Kudat telah berjaya mengesan bot suspek di posisi kira-kira empat batu nautika timur laut, Pulau Kankamat hasil daripada maklumat perisikan yang diterima.

Melalui pemeriksaan yang dilakukan, dua individu didapati berada di dalam bot berkenaan merupakan warga Filipina berumur lingkungan 19 dan 51 tahun dan setelah pemeriksaan lanjut dilakukan kedua-dua individu terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut juga turut menemui sejumlah 12 tong berwarna biru berisi minyak petrol dibawa bot berkenaan tanpa sebarang permit yang sah disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

Suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan lebih kurang RM15 ribu.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 

KUDAT PETROL 2
 
KUDAT PETROL

10 KRU WARGA MYANMAR DITAHAN DALAM OP BERSEPADU DI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 14 MEI – Seramai 10 kru warga Myanmar ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi koordinasi OP BERSEPADU yang telah dijalankan semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim berkata, seramai lapan warga Myanmar ditahan kerana gagal mengemukakan permit kerja yang sah manakala dua kru lagi disyaki menyalahgunakan dadah jenis Syabu.

Beliau turut berkata, koordinasi OP BERSEPADU ini dilaksanakan melalui mesyuarat kerjasama bersama agensi sahabat yang terdiri daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pasukan Polis Marin (PPM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), serta beberapa agensi sahabat yang lain melalui darat di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Batu Maung.

Razali turut memaklumkan, keberhasilan operasi bersepadu ini turut dibantu oleh penggunaan aset baharu iaitu Mobile Surveillance Unit (MSU) yang berfungsi sebagai radar dan disesuaikan dengan pacuan empat roda sebagai platform pengesanan yang tahan lasak untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk yang mencurigakan.

Tambahnya lagi, operasi bersepadu ini akan dilaksanakan secara berterusan berikutan susulan maklumat aduan awam yang diterima bagi memastikan kepatuhan pengusaha bot nelayan tempatan di sekitar perairan Pulau Pinang.

 

OP BERSEPADU PENANG   OP BERSEPADU PENANG 3
     
OP BERSEPADU PENANG 4   OP BERSEPADU PENANG 5

60 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NGERI PERAK

LUMUT, 14 MEI – Sebanyak 60 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) dirampas Maritim Negeri Perak dalam operasi di sekitar tiga batu nautika dari barat laut Pulau Talang pada sekitar jam 10.00 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu ini dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan melalui penemuan objek yang mencurigakan iaitu bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu di lokasi itu.

Objek itu kemudiannya dirapati oleh penguat kuasa untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati objek itu dipercayai berfungsi sebagai penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir enam ribu ringgit dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Negeri Perak menegaskan akan terus membuat rampasan ke atas bubu naga serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pesalah yang melanggar undang-undang ini.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

BUBU NAGA LUMUT   BUBU NAGA LUMUT 2
     
BUBU NAGA LUMUT 3   BUBU NAGA LUMUT 5

BOT TUNDA BERSAMA LAPAN KRU DITAHAN ZON MARITIM MIRI

MIRI, 13 MEI – Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda beserta tongkang pada kedudukan 4.9batu nautika barat laut Kuala Baram kerana disyaki melakukan kesalahan di bawahOrdinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952/60 iaitu gagal mengemukakan suratpertukaran nakhoda semasa diperiksa awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot tunda terbabit ditahan Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di perairan Miri.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot tunda itu dikendalikan oleh lapan kru yang terdiri daripada tiga warga tempatan, tiga warga India dan dua warga Myanmar.

Kesemua kru dan bot tunda berserta tongkang diiring ke Kawasan Bersauh Miri untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544 / 082-432016 untuk maklum balas segera.

 

ZMM BOT TUNDA   ZMM BOT TUNDA 2
     
ZMM BOT TUNDA 3   ZMM BOT TUNDA 4

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

LUMUT, 14 MEI – Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Manjung, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Yang Berusaha Kapt. (PA) Suliana binti Mohamad bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pada pukul 9.30 pagi tadi.

Pertemuan dua hala ini adalah sebagai sesi perkenalan Pengarah Maritim Negeri Perak yang baharu serta mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang terjalin di antara kedua-dua perkhidmatan.

Turut hadir di kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Pegawai Memerintah KM NYALAU, Leftenan Komander Maritim Nurul Hanin binti Mohd Isa.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan yang erat di antara Maritim Negeri Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Manjung.

 

KUNJUNGAN HORMAT 2

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC