15
Rab, Mei

Utama UNIT INTEGRITI

 

OBJEKTIF UNIT INTEGRITI

Objektif umum adalah untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus bertujuan supaya ia dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus dan terancang supaya elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

VISI UNIT INTEGRITI
Integriti Tunggak Kejayaan Penguatkuasaan di Laut.

MISI
Memantapkan integriti warga Agensi agar sentiasa menjunjung dan menegakkan prinsip integriti melalui tadbir urus terbaik, budaya kerja berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan keyakinan rakyat melalui penguatkuasaan yang lebih berkesan.

FUNGSI TERAS

Picture Integriti 

 

SALURAN ADUAN 

Sebarang aduan berkaitan salah laku dan pelanggaran peraturani boleh disalurkan melalui saluran aduan seperti berikut:

Poster Aduan Integriti

Grid List

PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

LUMUT, 14 MEI – Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Manjung, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Yang Berusaha Kapt. (PA) Suliana binti Mohamad bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pada pukul 9.30 pagi tadi.

Pertemuan dua hala ini adalah sebagai sesi perkenalan Pengarah Maritim Negeri Perak yang baharu serta mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang terjalin di antara kedua-dua perkhidmatan.

Turut hadir di kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Pegawai Memerintah KM NYALAU, Leftenan Komander Maritim Nurul Hanin binti Mohd Isa.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan yang erat di antara Maritim Negeri Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Manjung.

 

KUNJUNGAN HORMAT 2

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC