ALOR GAJAH 14 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi telah berjaya mengadakan program ’team building’               pada 7 November lalu bertempat di Malacca Tropical Fruit Farm, Sungai Udang.

Tujuan dari kegiatan ’team building’ adalah membina hubungan yang lebih harmonis, menerap sikap bekerjasama dan saling hormat menghormati di antara pegawai dan anggota.

Turut hadir ialah Mantan Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah (KPMD) DM 5, Laksamana Pertama Maritim Abu Bakar bin Idris dan isteri, KPMD baru, Kepten Mazlan bin Mat Rejab dan Pengarah Operasi Daerah, Komander Maritim V. Pannir Selvan A/L Veloo

Program dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan taklimat. Seterusnya bermula dengan aktiviti explorace yang melibatkan permainan membina rakit, merempuh halangan, memanah, menembak serta jalinan kasih. Aktiviti ini secara tidak langsung menguji semangat kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan. Program pada hari tersebut diakhiri dengan permainan liga ‘paintball’ antara pasukan.

Aktiviti berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan meriah oleh semua pegawai dan anggota. Program seperti ini wajar diadakan oleh setiap jabatan kerana melalui program sebegini dilihat dapat menarik minat semua pihak disamping dalam misi memupuk semangat kerja berpasukan dan ikatan silaturrahim.

tb 2 tb 1
 

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Daerah Maritim Kuala Linggi (DM5)

LK I Maritim Siti Nur Naiemah bt Abdul Shukur