18
Sat, May

GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN

TAWAU, 2 MEI – Zon Maritim Tawau berjaya menahan dua bot tempatan kerana gagal mematuhi syarat sah lesen dalam dua tangkapan berasingan semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, terdahulu bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam OP PLUTO TIMUR 2/2023 dan OPS TIRIS telah mengesan dan memeriksa sebuah bot nelayan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di sekitar perairan Inderasabah pada jam 12.15 tengah hari.

Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 6.8 batu nautika selatan Inderasabah itu mendapati dua lelaki warga Indonesia masing-masing berumur 41 dan 24 tahun bertindak selaku nakhoda dan kru bot tersebut.

Pemeriksaan dokumentasi bot itu mendapati nama nakhoda tiada dalam pendaftaran dan gagal memaklumkan pertukaran nakhoda.

Kira-kira 15 minit kemudian, sebuah lagi bot kargo tempatan turut ditahan dan diperiksa oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang menjalankan operasi sama.

Pemeriksaan ke atas sebuah bot kargo yang sarat membawa muatan buah sawit itu mendapati seorang nakhoda lelaki warga Indonesia berumur 37 tahun, gagal memaklumkan pertukaran nakhoda bot itu.

Kedua-dua bot bersama muatan serta kesemua kru itu seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002 kerana didapati melanggar syarat sah lesen.

Kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan disita sehingga proses siasatan selesai dengan nilai rampasan keseluruhan lebih 160 ribu.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau talian MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

NAKHODA GAGAL 2
 
NAKHODA GAGAL 3
 
NAKHODA GAGAL 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON