18
Sat, May

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

PULAU PINANG, 1 MEI – Sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C ditahan Maritim Negeri Pulau Pinang di kedudukan 30 batu nautika barat daya Pulau Kendi kira - kira pada jam 12.37 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim berkata, ketika rondaan kapal maritim di sekitar perairan itu, anggota penguat kuasa mengesan sebuah BNT bergerak dalam keadaan mencurigakan. Sehubungan itu, mereka mengambil langkah menahan BNT berkenaan bagi tujuan pemeriksaan dan penggeledahan.

Menurut beliau, BNT berkenaan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan dengan dikendalikan oleh tiga orang kru termasuk tekong warga Kemboja berumur dalam lingkungan 26 hinggga 38 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, seorang kru sahaja mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah manakala dua kru lagi tidak dapat berbuat demikian. BNT terbabit juga gagal mempamerkan surat kelulusan bertulis untuk bekerja di atas bot berkenaan daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

Dalam pada itu, pada 18 April sebuah BNT kelas C juga turut ditahan oleh kapal ronda yang sama di atas pelbagai kesalahan di sekitar perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang.

Ujarnya, tangkapan pada 18 April ini melibatkan empat kru warga Myanmar terdiri daripada 34 hingga 56 tahun.

Justeru, kedua – dua tangkapan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua kru, bot serta hasil tangkapan dianggarkan dalam 4,300 kilogram hasil rampasan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

 

NELAYAN SALAH 2
 
NELAYAN SALAH 3
 
NELAYAN SALAH 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON