18
Sat, May

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

LUMUT, 30 APRIL – Sebanyak 57 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) dirampas Maritim Negeri Perak di dua kedudukan berbeza iaitu sekitar tiga batu nautika dari barat Pulau Talang, Perak pada sekitar jam 1.30 tengah hari Ahad lalu dan sekitar 0.2 batu nautika dari timur laut Pulau Talang, Perak lebih sekitar jam 3.15 petang semalam .

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu ini dikesan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan dengan penemuan bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu mencurigakan di dua lokasi terbabit.

Jelas beliau, bendera serta pelampung yang mencurigakan itu kemudian dirapati oleh pasukan bot ronda untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan mendapati bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu berkenaan merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir empat ribu ringgit itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sekiranya didapati bersalah, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

BUBU LAGI   BUBU LAGI 2   BUBU LAGI 6   BUBU LAGI 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON