18
Sat, May

PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH

PUTRAJAYA, 29 APRIL – Peningkatan penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan Zon Maritim Malaysia selamat daripada sebarang ancaman jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini dibuktikan apabila OP KHAS PAGAR LAUT yang dilaksanakan sebanyak empat fasa bermula 12 Mac lalu telah mencatatkan sehingga hari ini sebanyak 173 kes tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM15 juta.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Perjumpaan YB Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar serta Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Datuk Seri Saifuddin terdahulu turut berkata, bagi memastikan pengoperasian Maritim Malaysia dipertingkatkan, Kerajaan kini dalam proses perolehan aset baharu iaitu empat buah helikopter kepada pihak Maritim Malaysia disamping bakal menerima sebuah kapal peronda dari US Coast Guard pada tahun ini.

Pada majlis yang sama Datuk Seri Saifuddin telah berkesudian menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terlibat dengan insiden helikopter AW 139 miliknya yang telah melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa baru-baru ini.

Mengulas lanjut berkaitan data yang dirakam oleh kotak hitam pesawat malang terbabit, Datuk Seri Saifuddin menjelaskan Maritim Malaysia membuat keputusan menghantar kotak hitam itu terus kepada syarikat pengeluar helikopter terbabit di Itali berikutan terdapat kesan kerosakan yang memerlukan kepakaran syarikat berkenaan.

 

MDN RAYA MARITIM11   MDN RAYA MARITIM 4   MDN RAYA MARITIM 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON