18
Sat, May

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 28 APRIL – Sebanyak 30 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) telah dirampas Maritim Negeri Perak pada kedudukan sekitar 0.8 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, Perak lebih kurang pukul 2.50 petang semalam

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu ini dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan rutin dengan penemuan bendera berwarna biru serta pelampung yang diikat pada pancang kayu mencurigakan di lokasi terbabit.

Jelas beliau, bendera serta pelampung yang mencurigakan tersebut kemudian dirapati oleh pasukan bot ronda untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan mendapati bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu berkenaan merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih RM2 ribu itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sekiranya ditangkap, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

BUBU NAGA PRK 3
 
BUBU NAGA PRK 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON