SIARAN MEDIA
LAKSAMANA MARITIM DATO’ INDERA ZULKIFILI BIN ABU BAKAR
DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARAH
KUALA LUMPUR, 5 JUN 2017 - Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu
Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baharu, hari ini dipakaikan pangkat
Laksamana Maritim yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Shahidan
bin Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu majlis pemakaian pangkat
di pejabat YB Menteri, PWTC. Kenaikan pangkat dan pelantikan beliau sebagai Ketua
Pengarah Maritim Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.