DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
SIARAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA PELUPUSAN DADAH MARITIM MALAYSIA 2
GANJA 864 KILOGRAM BERNILAI 2.5JUTA DILUPUSKAN
PORT DICKSON, 1 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini melupuskan dadah jenis ganja seberat 864 kilogram bernilai RM2.5 jutahasil rampasan dua(2) kes yang berlaku di Pantai Kuala perlis dan perairan Pulau Cebu, Pulau Langkawi, Kedah.
KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.
Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.