PERBARISAN KHAS SEMPENA PERSARAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) MARITIM MALAYSIA
SUBANG, 30 OGOS 2018 - Maritim Malaysia mengadakan perbarisan khas sempena persaraanLaksamana Madya Maritim Dato’ Indera Mohd Taha bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysiadi Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).Perbarisan ini merupakan tanda penghargaan kepada Dato’ Indera yang telah berkhidmat dengan cemerlang selama 42 tahun sebagai penjawat awam agensi kerajaan.
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .
PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.
Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.
Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.
Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.