12
Jum, Ogs

TANGGUK SIPUT SECARA HARAM, BOT KELAS A DITAHAN LAGI

KUALA PERLIS, 27 Julai – Sebuah bot Kelas A nombor pendaftaran KHF 1772 telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis pada jam lebih kurang 3.15 pagi tadi.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain, meskipun rondaan penguatkuasaan kerap dilaksanakan, namun aktiviti menangkap siput secara haram masih kerap dilakukan segelintir komuniti maritim setempat. 
Bot Kelas A tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 4.5 batu nautika dari barat Kuala Sanglang ketika bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan Op Aman dan Op Benteng Laut di sekitar perairan Perlis malam tadi telah tiba ke lokasi tangkapan setelah menerima maklumat daripada orang awam yang disalurkan melalui Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis mengenai pencerobohan kawasan tangkapan siput oleh bot tersebut.
Hasil  pemeriksaan awal mendapati, bot tersebut yang berpangkalan di Jeti Kuala Kedah menceroboh masuk ke Perairan Perlis menangguk siput retak seribu secara haram tanpa kebenaran. 
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (3) (C) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan. 
Ini merupakan tangkapan ketiga dalam bulan yang sama membabitkan bot Kelas A ditahan di perairan Perlis. 
Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan telah menemui tekong dan lima awak-awak kesemuanya warga tempatan yang berumur lingkungan 38 hingga 55 tahun berada di atas bot tersebut. 
Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin, sangkar besi dan siput retak seribu sekitar RM 105,000.
Menurut beliau lagi, kesemua awak-awak termasuk tekong, bot dan hasil tangkapan siput tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. 
Tindakan bot nelayan berkenaan yang melakukan penangkapan siput di kawasan berkenaan telah menyebabkan ekosistem marin terjejas dan menyebabkan nelayan tempatan kekurangan sumber pendapatan.
Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.
 D    A
     
 C    B
 
 
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC