24
Rab, Apr

Grid List

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

RAMPASAN BUBU NAGA DI PULAU TALANG, BUKTI NELAYAN MASIH BERDEGIL

TIGA BOT NELAYAN ASING DITAHAN DISYAKI CEROBOH PERAIRAN NEGARA

LIMA PENDATANG ASING TANPA IZIN DITAHAN

KUALA LINGGI, 14 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan di perairan Tanjung Tuan, Melaka malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak berkata, hasil maklumat pengesanan pergerakan curiga bot masuk dari perairan Indonesia menuju ke perairan Tanjung Tuan yang diterima dari radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) telah disalurkan kepada aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi ketika itu telah berjaya memintas bot tersebut sekitar jam 11.40 malam dikedudukan lebih kurang 2.9 batu nautika barat Tanjung Tuan.
Pemeriksaan ke atas bot gentian kaca berwarna biru tanpa nombor pendaftaran itu menggunakan enjin sangkut jenis Yamaha 40 kuasa kuda. Terdapat lima lelaki termasuk tekong warganegara Indonesia berada dalam bot berusia antara 21 hingga 46 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Kesemua mereka termasuk bot seterusnya ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM.
mengikut statistik tahun 2022, Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilantelah merekodkan sebanyak 2 kes tangkapan di bawah Akta Imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).
 
 WhatsApp Image 2022 07 14 at 1.15.52 PM WhatsApp Image 2022 07 14 at 1.15.52 PM 1 
 WhatsApp Image 2022 07 14 at 1.17.39 PM  
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC