07
Kha, Jul

MARITIM NEGERI PAHANG ANJUR HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM

KUANTAN, 21 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan program kemasyarakatan bersama komuniti setempat di Pos Maritim Teluk Gading pagi semalam, sempena sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) tahun 2022.

Program dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan ketika berada di laut. Selain itu, inisiatif ini juga dapat menyebarluaskan pengetahuan serta mendidik komuniti maritim dalam membudayakan keselamatan diri sendiri dan harta benda.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, program ini memberi peluang dan ruang kepada agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat untuk bersama-sama berinteraksi secara langsung bersama komuniti maritim dalam usaha menangani isu-isu yang dihadapi komuniti nelayan.

Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah pameran agensi kerajaan, ceramah Preventive SAR, ceramah Jauhi Dadah oleh AADK, Open-Ship Day aset-aset maritim untuk lawatan umum serta edaran risalah.

Usaha dan nilai murni ini sekaligus dapat mendekatkan Maritim Malaysia dengan komuniti sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat dan aduan sekiranya diperlukan.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

1   3 
4   5
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC