18
Kha, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

LUPUS SECARA MUSNAH PECAH DUA BOT VIETNAM

PASIR PUTEH, 13 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan melupuskan dua bot nelayan asing Vietnam  secara musnah pecah di Pusat Tahanan Vesel, Maritim Negeri Kelantan, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin berkata, kedua-dua bot yang dilupuskan  telah ditahan melalui OP DAMAI dan OP KUDA LAUT, pada Februari dan April tahun lepas itu telah dilucut hak oleh mahkamah pada 30 November 2021.

Penahanan dua bot ini turut melibatkan tahanan ke atas 12 kru termasuk tekong  warga Vietnam dengan rampasan dua bot, 100 kilogram ikan, 30 kilogram gamat, sejumlah 7,350 liter diesel termasuk peralatan navigasi serta peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM2.06 juta.

Kesemua kru termasuk tekong disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua 12 kru termasuk tekong dihukum di bawah Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985.

Nilai denda mahkamah bagi kesemua yang ditahan berjumlah RM3.1 juta namun kesemua kru bot dan tekong memilih untuk dipenjarakan.

Tempoh hukuman penjara antara lima bulan hingga tujuh bulan.

Pada tahun ini, sebanyak lima buah bot telah dilupuskan melalui kaedah penenggelaman dan musnah pecah dengan nilai anggaran RM7.56 juta.

Sejak tahun 2007, sebanyak 18 bot dilupuskan secara musnah pecah dengan nilai anggaran RM26.06 juta.

Secara keseluruhannya, Maritim Negeri Kelantan telah melupuskan sebanyak 251 bot nelayan asing Vietnam melalui pelbagai kaedah dengan anggaran nilai RM375.06 juta.

Kedua-dua bot ini dilupuskan dengan kaedah musnah pecah memandangkan badan bot yang telah reput dan tidak sesuai dijadikan tukun tiruan.

Maritim Negeri Kelantan sentiasa tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di perairan negeri Kelantan khususnya demi memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi dan kedaulatan perairan negara terpelihara.

Maritim Negeri Kelantan akan sentiasa berusaha memastikan perairan negeri Kelantan sentiasa selamat kepada komuniti maritim. Sebarang  maklumat berkenaan PENGUATKUASAAN dan CARILAMAT boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09 – 778 0070.

 

13.6.2022 Pelupusan Musnah Pecah 3    13.6.2022 Pelupusan Musnah Pecah 5 

13.6.2022 Pelupusan Musnah Pecah 4

 

13.6.2022 Pelupusan Musnah Pecah 7 

 

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC