07
Kha, Jul

TAHAN BOT NELAYAN TEMPATAN, GAJI WARGA ASING TANPA KEBENARAN

WhatsApp Image 2022 05 05 at 8.36.10 AM

BINTULU, 4 Mei-Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang mencurigakan pada jarak lebih kurang 2.5 batu nautika dari Tanjung Kidurong Bintulu, sekitar jam 3.00 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot nelayan tempatan tersebut didapati menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati tiga  kru termasuk tekong mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah tetapi gagal mengemukakan permit kebenaran untuk bekerja di atas bot tersebut.

Semasa periksa dan geledah, tiada sebarang muatan dijumpai pada vesel berkenaan dan dipercayai baharu keluar ke laut untuk melakukan aktiviti penangkapan ikan.

Kesemua kru termasuk tekong berusia lingkungan 23 hingga 47 tahun warga Indonesia serta bot ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit dan telah melanggar syarat di dalam buku lesen yang telah ditetapkan.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut serta mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim bagi melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kecemasan di laut melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC