KUANTAN , 4 Januari - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Pahang daripada Yang Berusaha Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud kepada Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh telah dilaksanakan dengan lancarnya pagi ini.
Datuk Haji Amran yang bertugas di Ibu pejabat Maritim Negeri Pahang sejak 31 Oktober 2019 bersara wajib secara rasmi pada 5 Januari 2022. Acara penyerahan Pedang Scimitar telah diadakan dalam majlis tersebut sebagai simbolik penyerahan tugas kepada Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baharu.
Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Dato’ Kamaruszaman bin Haji Abu Hassan dengan turut dihadiri Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal, Ketua-ketua Bot dan Ketua Pos serta warga Maritim Negeri Pahang sebagai penghargaan di atas jasa dan perkhidmatan yang telah dicurahkan oleh Datuk Haji Amran terutamanya semasa bertugas di Kuantan.