29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

101 BUAH KAPAL TELAH DITAHAN OLEH MARITIM MALAYSIA NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 26 September -Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah merekodkan tangkapan sebanyak 101 buah kapal yang melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 di perairan negeri Johor bermula awal tahun ini.
 
Pada 24 Mac lalu, Maritim Malaysia Negeri Johor telah melaksanakan Operasi Jangkar Haram bagi mengekang kapal-kapal yang bersauh tanpa kebenaran terutama di kawasan Tompok Utara dan telah berjaya menahan sebanyak 83 buah kapal sehingga hari ini.
 
Sebelum Operasi Jangkar Haram dikuatkuasakan, sebanyak 18 buah kapal telah pun ditahan oleh Maritim Malaysia Negeri Johor bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran.
 
Terbaharu, pada 24 September lalu aset Maritim Malaysia telah mengesan dan berjaya menahan dua buah kapal tangki yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di kawasan perairan Johor timur. Salah sebuah kapal tangki terbabit baru sahaja selesai kes perbicaraan bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran.
 
Kapal tangki yang berdaftar dari Mongolia itu dikendalikan lapan kru warga Indonesia berumur di antara 23 tahun hingga 66 tahun telah ditahan pada 31 Ogos lalu kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan telah didenda sebanyak RM50 ribu pada 22 September lalu.
 
Aset Maritim Malaysia telah mengesan kapal tangki tersebut disyaki sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram bersama sebuah kapal tangki yang lain.
 
Sebuah kapal tangki dari Panama turut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran dan melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram. Kapal tangki ini dikendalikan 25 kru terdiri dari warga Indonesia, Ukraine, Georgia dan Rusia berumur di antara 23 hingga 53 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
 
Kedua-dua kapal tangki tersebut telah ditahan oleh aset Maritim pada hari yang sama sekitar jam 1.30 petang di kedudukan 22 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Johor.
 
Untuk rekod, bermula Januari 2021 Maritim Malaysia Negeri Johor telah berjaya menahan sebanyak 101 buah kapal atas pelbagai kesalahan yang disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan menghasilkan jumlah denda serta kompaun dikutip sebanyak RM 2.5 juta, di mana RM1.3 juta dikutip menerusi Operasi Jangkar Haram.
 
𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗛𝗜𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗥𝗜𝗔
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
WhatsApp Image 2021 09 27 at 10.55.25    WhatsApp Image 2021 09 27 at 10.54.51 
     
 WA 1    WhatsApp Image 2021 09 26 at 10.52.11 2
 
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC