DUA NELAYAN DISELAMATKAN, BOT ROSAK TENGAH LAUT

KUANTAN, 21 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Maritim Rescue Sub Centre Kuantan telah mengaktifkan dan mengkoordinasikan Operasi CARILAMAT bagi mengesan dua pemancing dengan bot fiber yang mengalami kerosakan sekitar jarak 20 batu nautika timur Gebeng, Kuantan, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata berkata, sebaik sahaja menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan, sebuah bot ronda segera diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan CARILAMAT.

Pasukan CARILAMAT Maritim Malaysia Negeri Pahang mengambil masa hampir tiga jam dan berjaya menemui bot fiber tersebut sekitar jam 9.00 malam di kedudukan empat batu nautika utara Gebeng.

Semua mangsa dipindahkan ke bot Kilat, manakala bot fiber yang rosak itu ditunda ke jeti Sungai Ular untuk dibaiki.

Mangsa Nik Akram bin Nik Ahmad, 37, berkata, bot fiber yang dinaiki bersama seorang rakan Afendi,47, itu tiba-tiba tidak dapat dihidupkan dan beliau terus menghubungi talian kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan.

Maritim Malaysia sentiasa bersiap-sedia memberikan perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada masyarakat terutama komuniti laut serta agensi-agensi kerajaan yang mengalami kecemasan di laut mahu pun ditimpa bencana.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan kegiatan jenayah atau di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

47f28a05 d6f2 445f 89e8 c3b18fca2678   15841b48 ca1c 4de1 8753 349a14c5211e