25
Kha, Apr

Grid List

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

OP JANGKAR HARAM : KAPAL TANGKI ULANGI KESALAHAN SAMA DITAHAN

JOHOR BAHRU, 4 Julai - Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Saint Kitts and Nevis telah mengulangi kesalahan yang sama dengan berlabuh secara haram di perairan Johor Timur, telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor di kedudukan 10.5 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, sekitar jam 2.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, kapal tersebut pernah ditahan pada 20 Disember  2020, atas kesalahan yang sama dan telah didenda sebanyak RM50 ribu bagi kesalahan tersebut.

Penahanan kali ini dilakukan oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi di sekitar perairan terbabit dan telah mengesan kapal tersebut berlabuh secara haram.

Pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan 10 kru terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar berumur di antara 24 hingga 56 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati nakhoda telah gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dan mengikut rekod penahanan ini adalah kali kedua ke atas kapal yang sama dalam tempoh kurang dari setahun.

Kapal dan kru  telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Penahanan ini telah menunjukkan bahawa masih terdapat kapal-kapal yang masih berdegil dan cuba mencabar undang-undang negara. Pihak Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Johor akan terus menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Laut Malaysia (JLM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membanteras isu kapal-kapal yang bersauh secara haram di perairan Negeri Johor.

Maritim Malaysia juga akan sentiasa memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan negara terjamin dan terpelihara. Sebarang aduan salah lalu jenayah maritim di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999.

WhatsApp Image 2021 07 03 at 21.35.50 1    WhatsApp Image 2021 07 03 at 21.35.50
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.

 

SUHAKAM KEDAH 3
 
SUHAKAM KEDAH
 
SUHAKAM KEDAH 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC