29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

OP JANGKAR HARAM : 47 BUAH KAPAL DITAHAN DALAM TEMPOH TIGA BULAN

JOHOR BAHRU, 22 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menerusi Operasi Jangkar Haram telah berjaya menahan sebanyak 47 buah kapal semenjak dilancarkan pada 24 Mac yang lalu.

Terbaharu, Maritim Malaysia telah menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Panama pada kedudukan 10 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Johor.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, kapal tangki yang dikendalikan 24 kru warga Georgia itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan berumur antara 25 tahun hingga 50 tahun telah ditahan pada 20 Jun sekitar jam 11.00 pagi.

Operasi Jangkar Haram yang bermula pada 24 Mac lalu telah menunjukkan kesan yang positif terhadap perairan Johor Timur terutama di sekitar kawasan Tompok Utara. Sebelum pelaksanaan operasi ini, dilaporkan sebanyak 105 buah kapal telah bersauh secara haram di sekitar perairan Johor Timur dan jumlah ini berkurangan dengan mendadak apabila 47 buah kapal telah ditahan dan sebahagian besar telah diusir meninggalkan perairan Malaysia.

Kesemua 47 buah kapal ini telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491 B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Untuk rekod, bagi tahun 2020 Maritim Malaysia Negeri Johor telah menahan sebanyak 36 buah kapal dibawah kesalahan bersauh tanpa kebenaran dan bagi tahun 2021 sehingga hari ini sebanyak 65 buah kapal telah ditahan bagi kesalahan yang sama.

Maritim Malaysia Negeri Johor akan terus melaksanakan Operasi Jangkar Haram bagi terus mengekang pencerobohan dan kemasukan kapal yang bersauh secara haram di perairan negeri Johor. Pemilik kapal dan syarikat dinasihati supaya lebih peka dengan prosedur dan peraturan sebelum memasuki dan bersauh di perairan Malaysia bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil. Sekiranya ditahan, proses siasatan dan pendakwaan akan menyebabkan kapal ditahan dan tidak boleh beroperasi selagi bon jaminan tidak dibayar.

 Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999.

WhatsApp Image 2021 06 20 at 21.03.28    WhatsApp Image 2021 06 20 at 21.03.28 1
     
 WhatsApp Image 2021 06 20 at 21.03.28 2    WhatsApp Image 2021 06 20 at 21.03.28 3
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC