27
Jum, Jan

MARITIM KEMAMAN TANGKAP BOT VIETNAM CEROBOH PERAIRAN

KEMAMAN, 6 Mei  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama empat kru termasuk tekong warganegara Vietnam yang didapati menceroboh perairan negara untuk merompak hasil laut di sekitar perairan Negeri Terengganu.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid berkata, bot nelayan Vietnam dengan nombor pendaftaran KG 2040 TS dikesan melalui penglihatan dan radar sekitar jam 11.15 pagi, ketika melaksanakan rondaan OP NAGA BARAT dan OP IMAN pada 5 Mei lalu.

Semasa usaha untuk merapat, bot nelayan tersebut telah bertindak merentangkan tali pukat dan cuba melarikan diri menuju ke arah sempadan perairan antarabangsa, namun telah berjaya dipintas dan ditahan  pada jam 12.15 tengah hari di kedudukan 58 batu nautika timur laut Kuala Kemaman.

Pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati empat kru termasuk tekong warganegara Vietnam berusia 23 hingga 42 tahun, yang kesemuanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, serta bot tidak mempunyai dokumen yang sah.

Turut dirampas bekalan diesel beranggaran 1,000 liter dan peralatan menangkap ikan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Bot, tahanan dan rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman. Semua tahanan akan menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Operasi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Negara Vietnam ini akan diteruskan tanpa henti dan Maritim Malaysia juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut negara dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing.

DSC 0880  DSC 0888   

 

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC