28
Kha, Mac

Grid List

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL

OP SAR : KRU KAPAL JATUH LAUT BELUM DITEMUI

JOHOR BAHRU, 27 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru kapal disyaki jatuh laut pada 24 Januari lalu di kedudukan lebih kurang 7.8 batu nautika barat daya Tg.Tohor.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat menerusi email daripada pihak kapal mengenai kehilangan seorang kru dan disyaki jatuh laut semasa pelayaran.

Mangsa, Darryl F Deroxas,33 tahun, warga Filipina disyaki telah terjatuh laut sekitar jam 2.00 petang pada hari yang sama ketika kapal NBA RUBENS yang berdaftar di Panama itu dalam pelayaran dari Singapura menuju ke India, melalui Selat Melaka.

Mangsa dilihat kali terakhir memakai baju tshirt berwarna hijau dan tidak memakai jaket keselamatan.

MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan SAR bermula empat hari lalu sehingga kini masih belum menemui sebarang tanda-tanda penemuan mangsa. Kawasan pencarian juga telah diperluaskan dari perairan Pulau Pisang sehingga ke perairan Batu Pahat.

Operasi Carilamat ini turut dibantu oleh beberapa aset dari Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) serta sebuah helikopter yang disewa oleh syarikat kapal terbabit.

Maritim Malaysia juga turut mendapatkan bantuan daripada Pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia bagi usaha pencarian di sektor pencarian kawasan negara jiran kerana berkemungkinan juga mangsa hanyut ke perairan Indonesia.

Sebarang kecemasan di perairan Johor segera hubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil oleh Maritim Malaysia.

 

WhatsApp Image 2021 01 27 at 11.03.38

 

Capture

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.

 

EXCO TRG
 
EXCO TRG 2
 
EXCO TRG 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC