OP EHSAN : MARITIM TAHAN KAPAL TANGKI, BERSAUH TANPA KEBENARAN

 

 WhatsApp Image 2021 01 18 at 2.37.04 PM 1WhatsApp Image 2021 01 18 at 2.37.05 PM 1

WhatsApp Image 2021 01 18 at 2.37.05 PM 1

 

 

PELABUHAN KLANG, 18 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan kapal tangki, Chang An 1, pada 12.15 tengah hari, semalam kira-kira 4.5 batu nautika barat daya Tg. Tongkah, Selangor.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohamad Rosli bin Kassim, penahanan ini hasil perkongsian maklumat daripada Jabatan Laut Malaysia mengenai sebuah kapal tangki yang berlabuh di perairan berkenaan.

Hasil pemeriksaan ke atas kapal tersebut disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Kapal tangki yang berdaftar di Panama itu, ditahan dalam perjalanan dari India ke Pelabuhan Klang bersama 21 kru terdiri daripada warga China dan Myanmar yang berumur sekitar 23 hingga 54 tahun dan kesemuanya mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Kepten dan Pembantu Jurutera kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan jenayah maritim kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS999.