TEKONG PENYELUDUP MIGRAN DIHUKUM PENJARA

JOHOR BAHRU, 7 JANUARI - Seorang tekong bot pancung warga Indonesia dihukum penjara dua tahun sembilan bulan kerana terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran Julai tahun lepas.

Tertuduh, Sutiawan bin Bahtiar, 35, mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru petang semalam.

Pada 7 Julai 2020, tertuduh telah ditahan bersama seorang wanita warga Indonesia oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika cuba keluar dari Malaysia menggunakan jalan laut di kedudukan 4.3 batu nautika tenggara Tanjung Piai, Johor.

Walau bagaimanapun, wanita warga Indonesia tersebut terlebih dahulu telah dijatuhkan hukuman penjara empat bulan pada 21 Julai 2020, selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana cuba masuk/keluar Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan.

Bot fiber berserta enjin yang digunakan bagi aktiviti penyeludupan migran dalam kejadian tersebut telah diberi lucut hak oleh mahkamah dan diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

 

WhatsApp Image 2021 01 07 at 00.01.55

 
WhatsApp Image 2021 01 07 at 08.50.33

WhatsApp Image 2021 01 07 at 08.47.55