Sidebar

26
Sel, Jan

BERITA UTAMA
Tools
Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times
WhatsApp Image 2020 12 24 at 11.03.22 AM WhatsApp Image 2020 12 24 at 11.03.22 AM 1 

 

PELABUHAN KLANG, 24 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah kapal dagang yang disyaki bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 2.6 batu nautika barat daya Sungai Air Hitam, Selangor sekitar jam 1.05 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, kapal tersebut ditahan sewaktu pihaknya sedang melaksanakan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Laut Wilayah Tengah dan telah mengesan serta mengesyaki kapal tersebut melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kita telah memeriksa kesemua krew kapal seramai 18 orang termasuk nakhoda, yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun dan kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," ujar beliau.

Menurut Rosli, beliau difahamkan kapal tersebut berlayar dari Liberia dan bersauh di perairan Kuala Langat sementara menunggu untuk memasuki Pelabuhan Klang. Kepten dan Jurutera Enjin kapal dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Tambah Rosli, selain dari bot kecil dan feri penumpang, kapal yang membawa muatan keluar masuk perairan itu juga diperiksa bagi memastikan kesemua kapal-kapal yang berada di dalam perairan Negeri Selangor mematuhi arahan dan undang-undang yang ditetapkan.

Sebarang aduan jenayah maritim di perairan Selangor segera hubungi talian 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerusi talian 03-31769100/0627.

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   MDEC
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON