TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

PUTRAJAYA, 17 November - Laksamana Madya Maritim Datuk Hj Ibrahim bin Hj Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Operasi TKP(O) Maritim Malaysia akan bersara wajib pada 18 November 2020, esok.
 
Perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan awam bermula dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 26 tahun dan memasuki Maritim Malaysia pada tahun 2006. Beliau telah menyandang pelbagai jawatan sepanjang tempoh perkhidmatan yang melibatkan Operasi Penguatkuasaan, Siasatan, Sumber Manusia, Dasar dan Penyelarasan Eksesais Maritim sehingga beliau menjawat jawatan kedua tertinggi dalam agensi pada Ogos 2019.
 
Beliau juga telah menyumbang banyak kejayaan kepada Maritim Malaysia khususnya dalam aspek operasi seperti OP NAGA, OP BENTENG dan OP KUDA LAUT, selain di lantik sebagai Timbalan Komander di dalam National Task Force (NTF).
Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau dan diraikan dalam majlis JasaMu DiKenang serta istidat ‘street lining’ yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.
 
Berikutan itu, Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia turut diadakan di Pejabat Maritim Malaysia dengan disaksikan Ketua Pengarah, Laksamana Maritim, YBhg. Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som serta barisan pegawai dan anggota penguat kuasa maritim seluruh negara.
 
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Hassan, menerima tugas selaku pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia mulai esok, 18 November 2020.
Serentak dengan Majlis Jasamu Dikenang juga dilangsungkan majlis Pelancaran Buku Maritime Domain Awareness (MDA) yang merupakan sentuhan terakhir beliau sebelum meninggalkan Maritim Malaysia ini.
 
Majlis JasaMu Dikenang ini juga turut meraikan 14 pegawai dan anggota yang telah dan bakal bersara daripada Ibu Pejabat serta negeri.

 WhatsApp Image 2020 11 17 at 1.39.59 PM    WhatsApp Image 2020 11 17 at 1.39.52 PM  
       
 WhatsApp Image 2020 11 17 at 1.40.30 PM    WhatsApp Image 2020 11 17 at 1.40.28 PM