OP CARILAMAT : SEORANG LAGI WARGA MYANMAR, DISYAKI JATUH LAUT

 

WhatsApp Image 2020 11 09 at 3.01.41 PM

PELABUHAN KLANG, 9 November - Seorang warga Myanmar kru bot nelayan tempatan disyaki jatuh laut di kedudukan 21 batu nautika dari Pantai Sungai Besar, Selangor kira- kira jam 4.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan dan laporan polis dari Balai Polis Sekinchan pada jam 9.30 pagi tadi tentang kejadian berkenaan dan bertindak mengarahkan aset Maritim Malaysia ke lokasi kejadian.

Aung Ko Hlaing, 22, warga Myanmar disyaki jatuh laut ketika melakukan kerja-kerja di atas bot majikannya.

Pakaian terakhir mangsa jersey lengan panjang berwarna oren/merah dan seluar pendek berwarna hitam dan tidak memakai jaket keselamatan ketika berada di atas bot.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada jam 10.30 pagi ini dengan keluasan 130 batu nautika persegi.

Pengkalan Hadapan Carilamat (PHC)turut ditubuhkan di Jeti LKIM, Sekinchan. Aset agensi sahabat yang terlibat dalam operasi antaranya KD Gagah Samudera (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan komuniti maritim di sekitar perairan.

Orang awam yang ingin membuat pertanyaan dan aduan boleh menghubungi ditalian 03-31769100/0627.