Sidebar

01
Sel, Dis

BERITA UTAMA
Tools
Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times

KUANTAN, 25 September Maritim Malaysia Negeri Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok di Muara Kuala Kuantan lebih kurang jam 2 pagi tadi.

Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang berkata, Bot Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Operasi Makmur di kawasan Kuala Kuantan telah mengesan sebuah bot fiber yang dinaiki 2 orang lelaki melalui persisiran pantai menuju ke dalam Sungai Kuantan dalam keadaan bergelap dan mencurigakan. Bot fiber tersebut berhenti di tepi tebing dan kelihatan juga lampu kenderaan disyaki menunggu mereka di tepi sungai untuk mengambil barang.

“Sebaik sahaja mereka menyedari kehadiran anggota maritim, kesemua lelaki tersebut terus berlari kearah kenderaan yang berada di darat dan melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut”, tambah beliau lagi.

Hasil pemeriksaan lanjut di atas bot fiber yang ditinggalkan didapati terdapat 32 kotak berwarna merah dan hijau yang berisi 320 ribu batang rokok putih disyaki rokok tidak bercukai. Kita percaya bahawa rokok-rokok yang cuba diseludup ini merupakan rokok yang bakal dipasarkan di pasaran tempatan.

Kesemua rokok dianggarkan bernilai RM 213 ribu termasuk cukai, dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot fiber berserta enjin 40hp dianggarkan bernilai RM 220 ribu, kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia dan akan didakwa di bawah Akta Kastam 1967.

Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut dari masa ke semasa bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.  Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

1   2 

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   MDEC
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON