OP BENTENG: CUBAAN MENYELUDUP DADAH SEBERAT LIMA KILOGRAM DIGAGALKAN

Langkawi, 15 Julai - Maritim Negeri Kedah dan Perlis berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan individu untuk menyeludup dadah seberat lima kilogram menerusi perairan Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, dadah yang disyaki jenis Metamfetamin (syabu) dengan nilai RM769,050 dicampak ke laut oleh kru bot suspek di kedudukan 3.1 batu nautika barat daya Pulau Singa Besar pada jam 3.15 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, Bot Petir 81 yang sedang melaksanakan rondaan di laut Ops Benteng Laut telah mengesan sebuah bot terbabit namun bot memecut laju melarikan diri setelah menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia.

‘Sewaktu kejadian kejar-mengejar, salah seorang suspek yang berada di atas bot tersebut bertindak mencampakkan satu objek ke laut sebelum melarikan diri ke arah sempadan negara.

Dalam keadaan cuaca buruk dan laut bergelora, bot Maritim Malaysia berpatah balik bagi mendapatkan objek yang dibuang dan anggota pemguatkuasa telah menemukan sebuah kotak berwarna coklat yang dibaluti plastik lut sinar terapung di permukaan laut dan hasil pemeriksaan lanjut telah menemui lima bungkus plastik lut sinar dengan anggaran berat sekilogram setiap satu disyaki berisi dadah jenis syabu.
Kita percaya modus operandi sindiket dadah ini adalah dari negara jiran dengan menjadikan Pulau Langkawi sebagai transit untuk pasaran antarabangsa. Gerakan untuk memburu suspek masih giat dilakukan dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri ’ katanya mengulas lanjut.

Semua hasil rampasan dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut Langkawi untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maritim Malaysia sentiasa memburu sindiket yang terlibat dan berharap komuniti maritim dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat salah laku atau aktiviti jenayah di laut. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 / 04-966 5300

bbe39cfc 4056 4f64 a00c 881fbdadfbb2    df4fbf1f d50e 44e7 af5f 4e93e13e6cac