19
Jum, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MAYAT KRU BOT NELAYAN JATUH LAUT DITEMUI TERAPUNG

Langkawi, 20 Julai - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di kedudukan 1.7 batu nautika tenggara Pulau Tuba pada jam 8.10 pagi, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi  bin Abdullah berkata, sejurus menerima aduan daripada Kepten kapal layar LILI MARLEEN berkenaan penemuan mayat itu, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaturgerak sebuah bot Maritim Malaysia yang sedang dalam perintah operasi ke lokasi penemuan mayat.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bot PETIR 81 menemui mayat lelaki dalam keadaan lengkap berpakaian baju T bewarna kelabu dan berseluar jeans pendek kelihatan terapung.

"Berdasarkan kepada pakaian pada mayat tersebut dan laporan yang diterima sebelum ini, dipercayai ia boleh dikaitkan dengan kejadian seorang awak-awak bot nelayan jatuh laut di kedudukan 4.1 batu nautika utara Pulau Payar pada 15 Julai lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setiba mayat dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut Langkawi, mayat yang dikendalikan oleh Pegawai Kesihatan Langkawi telah diserah kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian 15 Julai lalu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya berusia 20-an itu dipercayai terjatuh ketika berada dalam bot pukat tunda bersama seorang tekong dan seorang lagi nelayan.

Mangsa dipercayai baru hari pertama bekerja pada hari dia dilaporkan terjatuh menggantikan nelayan yang bercuti menyebabkan identitinya belum diperolehi.

Zawawi berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berkaitan kehilangan ahli keluarga.

Oleh itu, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Langkawi di talian 04-9662750.

7a6de917 6d1a 4e63 abf5 67812abfb89d  3a503360 09eb 4082 bea1 dbac51cbcc68 
81a22058 c1f4 48f6 a85f 1d04a126056a 8d844b9d f6d3 4815 be19 ea96aac78319

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC