Sidebar

06
Kha, Ogs

BERITA UTAMA
Tools
Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times

JOHOR BAHRU, 15 Julai – Lima warga Indonesia disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor semasa cuba memasuki negara menggunakan 'teksi air' petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin Op Benteng Laut 1/2020 di perairan Johor Barat, mengesan sebuah bot gentian sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan dan telah menahan pada kedudukan 5.0 batu nautika tenggara Tanjung Piai sekitar jam 6.20 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati, seorang tekong dan kru bersama tiga penumpang yang mana kesemuanya lelaki warga Indonesia berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun berada di atas bot berkenaan,'' katanya.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke ibu pejabat Maritim Negeri dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 44(3) Akta Kastam 1967 kerana membawa penumpang tanpa manifest yang sesuai baginya, Seksyen 6(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa permit masuk yang sah dan Seksyen 6(1)(c) kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen yang sah.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10 ribu dan penjara selama setahun bagi Akta Kastam 1967. Manakala bagi Akta Imigresen 1959/63 tertuduh boleh didenda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam sebatan.

Maritim Malaysia menyeru mana-mana individu yang ingin keluar atau masuk ke negara ini menggunakan laluan atau jalan yang sah dan selamat. Sebarang aduan jenayah maritim salurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07-219 9404).

 

WhatsApp Image 2020 07 15 at 12.34.57     WhatsApp Image 2020 07 15 at 12.34.57 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   MDEC
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON