OP COVID-19 LAUT TAHAN 2 LELAKI INGKAR ARAHAN

WhatsApp Image 2020 04 30 at 2.09.49 PM WhatsApp Image 2020 04 30 at 2.08.47 PM

 

PELABUHAN KLANG, 30 April - Sebuah bot pancing berjaya ditahan Maritim Negeri Selangor kerana ingkar arahan yang dikeluarkan kepada komuniti maritim di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohamad Rosli bin Kassim berkata, ketika pihaknya sedang melakukan OP COVID-19 LAUT, sebuah bot pancing dikesan bot maritim bertindak menahan serta memeriksa bot tersebut.

‘‘Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua orang lelaki warganegara tempatan telah melakukan kesalahan iaitu melakukan aktiviti rekreasi semasa arahan PKP. Mereka ditahan pada jam 12.00 tengah hari, semalam kira-kira 30 batu nautika dari Pulau Ketam, Selangor’’ ujar beliau.

Tambah Rosli, kedua-dua mereka berusia 33 dan 35 tahun ditahan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar arahan PKP, kedua-dua mereka bersama bot pancing dan peti ikan serta tiga peti peralatan memancing, dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Maritim Negeri Selangor akan sentiasa memantau segala aktiviti, kejadian atau jenayah yang berlaku di laut sepanjang tempoh PKP dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak pendemik ini demi keselamatan perairan negara kita.