WhatsApp Image 2020 04 16 at 4.07.55 PM IMG 1068
 
PELABUHAN KLANG, 16 April - Maritim Malaysia Negeri Selangor pada hari ini berkesempatan menghulurkan bantuan sempena Program Sahabat Maritim Khas Covid-19 kepada komuniti maritim yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dalam Fasa Ketiga.
Adun Selat Klang, YB Datuk Abdul Rashid Asari telah berbesar hati untuk turut bersama-sama menjayakan majlis penyerahan bantuan tersebut bersama Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim kepada 60 orang penerima sumbangan di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. Bantuan yang telah disampaikan adalah berupa beras, tepung, minyak masak serta keperluan asas makanan yang lain.
Rosli berkata, Maritim Malaysia sentiasa prihatin dengan nasib komuniti maritim yang sukar mendapatkan bekalan dalam tempoh PKP ini selain menghargai kerjasama yang diberikan oleh komuniti maritim.
“Saya juga menasihatkan komuniti maritim untuk sentiasa berada di rumah, menjaga kebersihan dan mengikut arahan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian virus pandemik ini agar negara kita kembali pulih seterusnya memenangi perang wabak ini,” katanya.