DUA KAPAL DARI MARITIM NEGERI JOHOR SELAMAT PULANG

JOHOR BAHRU, 02 April - KM SATRIA selamat tiba di Jeti Maritim Negeri Johor, Sungai Pulai lebih kurang 12.00 tengah hari tadi setelah selesai melaksanakan Operasi Khas Raja Laut di perairan Negeri Sarawak sejak sebulan yang lalu.

Ketibaan KM SATRIA telah disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Sanifah bin Yusof bersama pegawai dan anggota Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor.

Sebagai langkah keselamatan dan pencegahan penularan wabak COVID-19, kesemua anggota KM SATRIA akan terlebih dahulu dikuarantinkan dan seterusnya menjalani saringan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Terdahulu sebuah lagi kapal dari Maritim Negeri Johor iaitu KM TEGAS yang berpangkalan di Zon Maritim Tanjung Sedili telah selamat tiba ke Jeti KD Sultan Ismail, Pengelih setelah selesai melaksanakan operasi yang sama selama sebulan pada 1 Mac lalu.

KM TEGAS telah disambut ketibaannya oleh Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid bersama Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan serta pegawai dan anggota Zon Maritim Tanjung Sedili.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid berkata, Operasi Khas Raja Laut adalah bertujuan untuk memperkuat dan memperkukuhkan kawalan dan pengawasan di sekitar perairan Sarawak.

“Jasa dan pengorbanan anggota kapal dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan bagi memastikan kesejahteraan samudera negara kekal terpelihara walaupun terpaksa meninggalkan keluarga tercinta amatlah dihargai dan disanjungi.” Ujar beliau lagi.

WhatsApp Image 2020 04 02 at 13.16.58 3                     KM SATRIA MERAPAT KE JETI APMM SG. PULAI   WhatsApp Image 2020 04 02 at 13.16.58 2                           KM SATRIA MERAPAT KE JETI APMM SG. PULAI
                       
WhatsApp Image 2020 04 02 at 13.18.59 2   WhatsApp Image 2020 04 02 at 13.18.59
                     KM TEGAS MERAPAT KE JETI KD SULTAN ISMAIL                          KM TEGAS MERAPAT KE JETI KD SULTAN ISMAIL