MARITIM NEGERI SELANGOR PANTAU BOT NELAYAN, INGKAR ARAHAN PKP

IMG 4582  IMG 4645

 

PELABUHAN KLANG, 25 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor membuat pemantauan terhadap bot nelayan di sekitar perairan Selangor, semalam bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi.

Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Komander Maritim Abdul Hakim bin Mohd Idris berkata, tiada bot pemancing dan bot pelancong kelihatan di sekitar perairan Pelabuhan Klang, namun terdapat empat bot nelayan tempatan tidak berlesen di Kuala Selangor dikesan cuba keluar ke laut. Mereka diarah pulang serta-merta oleh pihak kami yang membuat rondaan di perairan itu. Rondaan di beberapa kawasan tarikan pelancong dan pemancing di perairan Kuala Selangor seperti Pulau Angsa dan benteng pasir Sky Mirror pula mendapati, lokasi itu kini lengang dan tidak lagi dipenuhi orang ramai seperti kebiasaannya.

Tambah beliau, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan PKP melibatkan komuniti maritim di perairan berkenaan yang pada hari biasa dilihat agak sibuk. Pada peringkat awal pelaksanaan PKP, memang ramai nelayan dan pemancing masih keluar ke laut tetapi sejak dua ke tiga hari lepas, jumlahnya berkurangan secara drastik. Dalam pada itu, kami lihat tiada lagi bot pemancing serta bot pelancong beroperasi. Selain melaksanakan tugas memastikan PKP dipatuhi, rondaan pihak kami di laut juga masih mengutamakan pembanterasan aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan pencerobohan rakyat asing, jelas beliau.