MAJLIS PENGANUGERAHAN PERKHIDMATAN CEMERLANG KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA, 12 Mac – Bertempat di Kompleks D, Auditorium Kementerian Dalam Negeri, telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 buat warga kerja setiap agensi di bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Kementerian Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin dalam ucapannya berkata, penganugerahan yang diberikan ini adalah untuk memberikan semangat berterusan kepada semua penerima agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Penganugerahan ini juga merupakan pengiktirafan kepada yang terpilih dalam kalangan yang dirahmati Allah.

 

Yang Berhormat Menteri turut menyarankan kepada seluruh warga Kementerian agar terus mengekalkan prestasi terbaik dengan mengamalkan sikap sikap positif. “Sebagai satu keluarga yang besar, tidak kira apa pun juga agama yang dianuti wajar menghayati konsep Maqasid Syariah dengan baik di mana konsep ini amat menekankan tentang mewujudkan kebaikkan, menolak keburukan dan menghindari kemudaratan.”

Dalam majlis yang diadakan itu, seramai 255 warga Kementerian yang terdiri daripada pelbagai Agensi telah menaikki pentas bagi menerima APC dan 10 individu daripadanya merupakan pegawai dan anggota Maritim Malaysia termasuk yang berkhidmat bersama ESSCOM.

Secara keseluruhannya, 378 pegawai dan anggota Maritim Malaysia seluruh Negara menerima APC bagi tahun 2019.

 

WhatsApp Image 2020 03 12 at 13.24.38 1    WhatsApp Image 2020 03 12 at 13.24.38 1 
     
WhatsApp Image 2020 03 12 at 13.24.39   WhatsApp Image 2020 03 12 at 13.24.41