KUALA LUMPUR, 5 Februari - Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som semalam melakukan kunjungan hormat ke atas pengurusan tertinggi Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas buat julung kalinya sejak beliau dilantik menjadi Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima.
Dalam pertemuan kira-kira satu jam setengah, Maritim Malaysia telah diberikan taklimat mengenai konglomerat media terbesar di Malaysia serta membincangkan mengenai platform terbaik dalam menyampaikan informasi yang berkaitan kepada golongan sasar secara efektif.
Antara barisan pengurusan kanan Media Prima MPB yang menerima kunjungan hormat adalah Pengarah Eksekutif, Operasi The News Straits Times Press (NSTP), Dato’ Yushaimi Yahaya Ketua Pengarah Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Johan Mohamed Ishak, Ketua Pengarah Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pengarah Eksekutif Media Prima Digital, En. Rafiq Razali, Ketua Pengarah Eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Berhad dan Pengarah Komunikasi Korporat En. Azlan Abdul Aziz.
Pada kunjungan hormat tersebut, delegasi Maritim Malaysia turut dibawa melawat ke studio radio dan studio berita bagi melihat sendiri pengoperasian saluran media mereka.
#AgensiPenguatKuasaanMaritimMalaysia
#KementerianDalamNegeri
#MalaysiaCoastGuard
#MaritimMalaysia
#MCG
#MCGReport
#MCGInfo
#SeaHawk
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Media Prima Berhad