LANGKAWI, 19 JANUARI - Yang Berbahagia Dato’ Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri melakukan lawatan kerja rasmi ke Maritim Negeri Kedah dan Perlis baru-baru ini.
Sepanjang lawatan, Dato' Jamil telah menghadiri sesi taklimat ringkas bersama Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Muda Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad serta pegawai-pegawai Kanan Maritim Negeri Kedah dan Perlis dan delegasi kemudian dibawa melawat tapak untuk cadangan pembinaan Jeti serta Infrastruktur bagi menampung keperluan operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis khususnya di Langkawi.