25
Kha, Apr

Grid List

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

WARGA EMAS DAN BAYI DIBERI BANTUAN PELAYARAN IHSAN

PASIR PUTEH, 21 Nov – Seorang warga emas dan seorang bayi telah diberi bantuan pelayaran ihsan oleh pihak Maritim Negeri Kelantan bagi mendapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan Besut semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Klinik Kesihatan Besut pada jam 3.30 petang semalam bagi meminta bantuan memindahkan kedua pesakit tersebut.

"Pesakit tersebut ialah Che Omar bin Che Mat, 70 tahun, mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan asthma dan memerlukan bantuan alat pernafasan oksigen. Manakala Nor Ayra Aidelia binti Mohd Khairul Azwan yang berumur setahun lima bulan mengalami demam panas," katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambahannya, pihak Klinik Kesihatan Pulau Perhentian berjaya menstabilkan kedua pesakit namun dimaklumkan mereka perlu dihantar ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan segera. 

" Memandangkan pesakit perlu menerima rawatan segera dan teksi air agak sukar untuk beroperasi kerana keadaan laut yang bergelora pada ketinggian 2.5 hingga 3.5 meter, kami segera menggerakkan Bot Penyelamat 7 yang diketuai oleh Leftenan Madya Maritim Faris bin Mohd Sidek untuk memastikan pesakit segera menerima rawatan yang lebih baik, katanya lagi.

Bot tersebut tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan pada jam 6.25 petang dan pesakit warga emas itu ditemani oleh isteri beliau, Bidah binti Samad manakala bayi tersebut ditemani oleh ayahnya, Mohd Khairul Azwan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Besut. Namun kedua pesakit dijangka akan dibawa ke Hospital Jerteh.

” Kita mendokong penuh arahan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som bagi memperhebatkan pengoperasian dan memperkukuh hubungan Maritim Malaysia melalui kerjasama dengan agensi lain.

Dengan itu kita berjaya memberikan respon pantas seawal 30 minit terhadap panggilan kecemasan seterusnya memberikan bantuan kepada pihak klinik. Saya percaya, aset dan anggota kita dapat bertindak dengan lebih pantas sekiranya semua aset berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kerosakan,” tambahnya lagi.

Sehingga semalam, pihak Maritim Malaysia Negeri Kelantan telah melaksanakan sebanyak enam bantuan pemindahan pesakit (medevac) daripada Pulau Perhentian.

Sebagai persediaan menghadapi musim banjir, masyarakat umum dan komuniti laut diingatkan agar sentiasa membawa dan menggunakan personal floatation device (PFD) seperti jaket keselamatan semasa berada di laut dan melaporkan sebarang kecemasan di laut bagi negeri Kelantan khususnya di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070. ihsan tiga

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT COUNSELLOR OF THE AUSTRALIA BORDER FORCE KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 24 APRIL – Counsellor of Australia Border Force (ABF) Australia High Commission, Superintendent Brooke Leung telah membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya pada jam 2.30 petang tadi.

Delegasi ABF telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Menanggung Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim di pejabatnya sambil diiringi Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi memelihara hubungan baik dan menjalinkan kerjasama berterusan bagi kedua-dua pihak dalam membanteras jenayah rentas sempadan maritim selain menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang di laut.

 

WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.11 PM 2   WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.11 PM 3   WhatsApp Image 2024 04 24 at 4.09.12 PM 7
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC