20
Sab, Apr

Grid List

20 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA .

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

OP CARILAMAT | MAYAT TERAPUNG DISYAKI INDIVIDU TERJUN JAMBATAN PERTAMA PULAU PINANG

GEORGETOWN, 12 Mac - Mayat terapung disyaki individu terjun Jambatan Pertama Pulau Pinang ditemukan tersangkut pada sangkar ikan berhampiran Pulau Jerejak pada sekitar jam 4.25 petang tadi.
 
Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) sejurus menerima aduan berhubung kejadian individu terjun jambatan di kilometer 5.2 Jambatan Pertama Pulau Pinang menghala ke Perai pada jam 3.35 petang semalam. 
 
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Maritim Malaysia yang diwujudkan di Jeti Polis Marin Batu Uban telah menerima maklumat berkaitan penemuan mangsa. 
 
Berikutan itu, bot KILAT 26 dan aset agensi sahabat yang terlibat diatur gerak ke lokasi. Bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membawa mayat mangsa diiring bot KILAT 26 ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.
 
Mangsa Ng Lian Peng, 55, dipercayai dari Bukit Mertajam telah meninggalkan sebuah motorsikal berserta dokumen pengenalan diri di tepi jalan sebelum terjun dari jambatan.
 
Mayat disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setibanya di Jeti Polis Marim Batu Uban dan Polis Perai telah mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang terjun Jambatan Pertama Pulau Pinang berdasarkan pakaiannya sebeleum dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. 
 
Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada agensi sahabat iaitu PPM Batu Uban, APM serta JBPM  yang turut membantu dalam OP CARILAMAT ini.
 
Operasi ditamatkan pada jam 5.50 petang. 
 
Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil langkah terburu-buru sebegini sekiranya menghadapi sebarang masalah dan rujuklah kepada pihak yang berkaitan dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
 
Orang awam diminta agar melaporkan sebarang penemuan dan insiden kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera.
 
WhatsApp Image 2023 03 12 at 20.20.05    WhatsApp Image 2023 03 12 at 20.20.06 
 
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC