27
Jum, Jan

OP CARILAMAT: PERSONAL LOCATOR BEACON (PLB) SELAMATKAN LAPAN PENYELAM YANG DIKHUATIRI HILANG DI PERAIRAIN MIRI

KUCHING, 1 Oktober – Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching telah mengaktifkan operasi CARILAMAT pada jam 2.15 petang semalam berikutan lapan orang penyelam dikhuatiri hilang di perairan Miri.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, MRSC Kuching menerima panggilan kecemasan daripada Malaysia Mission Control Centre (MYMCC), Kuantan pada jam lebih kurang 1.50 petang semalam, MYMCC memaklumkan telah mengesan isyarat kecemasan melalui Personal Locator Beacon (PLB) yang dibawa salah seorang penyelam di kedudukan 13 batu nautika barat daya Miri.

Berdasarkan maklumat yang diterima, MRSC Kuching telah menghubungi pemilik PLB untuk mendapatkan pengesahan dan pemilik memaklumkan sebuah bot bernama COCO 2 telah ke laut pada jam lebih kurang 8.00 pagi semalam dinaiki seorang tekong bot bersama lapan orang penyelam, beliau telah menghubungi tekong bot pada jam lebih kurang 1.00 petang semalam dan dimaklumkan lapan penyelam terbabit masih belum ditemui.

Pemilik PLB turut mengesahkan isyarat kecemasan tersebut berpunca daripada PLB miliknya yang dipinjam oleh salah seorang penyelam dan aduan telah dilaporkan kepada MRSC Kuching untuk tindakan lanjut.

MRSC Kuching telah menggerakkan Bot Kilat 42 dan Bot Kilat 41 ke lokasi kejadian dan menubuhkan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Marina Bay, Miri. Turut terlibat dalam usaha pencarian adalah Bot PGR 4 daripada Pasukan Polis Marin (PPM) bersama-sama anggota Bomba dan Penyelamat (JBPM) ke lokasi kejadian.

Pada jam lebih kurang 5.06 petang semalam enam mangsa ditemui selamat oleh Bot Kilat 41, selang beberapa minit selepas itu pada jam lebih kurang 5.10 petang semalam dua lagi mangsa ditemui selamat oleh Bot Kilat 42. Kedua-dua lokasi penemuan semua mangsa ditemui dalam lingkungan 4 batu nautika dari lokasi isyarat kecemasan PLB dikesan. Kesemua mangsa dibawa ke Jeti Marina Bay untuk pemeriksaan lanjut.

Kesemua lapan penyelam yang ditemui selamat terdiri daripada enam warganegara Malaysia dan dua warganegara China yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Operasi CARILAMAT ditamatkan oleh MRSC Kuching pada jam lebih kurang 6.40 petang semalam setelah kesemua mangsa dijumpai selamat.

Maritim Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih  di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), SHELL dan PETRONAS yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam operasi CARILAMAT ini.

Maritim Malaysia menegaskan, pengesanan isyarat kecemasan melalui PLB yang dapat menunjukkan posisi kecemasan yang sebenar dan tepat menyebabkan tindakan pantas dapat diambil walaupun ditengah laut yang tidak mempunyai talian telekomunikasi dan membolehkan agensi penyelamat melaksanakan operasi CARILAMAT dalam tempoh masa yang singkat dan nyawa mangsa mampu diselamatkan.

Jika dibandingkan kes-kes yang tidak diketahui posisi sebenar seperti yang berlaku di perairan Talang dan kemudiannya beralih kepada penemuan di perairan Santubong. Ketiadaan lokasi yang tepat akan menyukarkan usaha pencarian serta memakan kos yang tinggi dalam melaksanakan operasi CARILAMAT sehingga hari ketujuh.

PLB merupakan peralatan komunikasi kecemasan berasaskan satelit yang mampu menentukan lokasi dan waktu kecemasan dengan tepat. Jesteru, semua komuniti maritim seperti nelayan, penggemar sukan dan rekreasi di laut seperti menyelam, jet ski dan memancing juga perlu untuk memiliki peralatan PLB ini.

Maritim Malaysia khuatir serta ingin memberi peringatan berkenaan peralihan monson timur laut yang dijangka bermula 3 Oktober sehingga bulan November. Potensi berlakunya kejadian kecemasan di laut pada waktu tersebut adalah tinggi dan Maritim Malaysia menyarankan agar komuniti Maritim sentiasa berwaspada dengan laporan dan perubahan cuaca sebelum turun ke laut. Pematuhan aspek keselamatan perlu ditekankan seperti pemakaian jaket keselamatan serta memaklumkan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan tentang lokasi yang dituju dan jangkaan masa pulang ke jeti.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544/ 432016 atau MERS 999.

WhatsApp Image 2022 10 03 at 7.44.38 PM 1   WhatsApp Image 2022 10 03 at 7.44.39 PM
     
WhatsApp Image 2022 10 03 at 7.44.39 PM 1   WhatsApp Image 2022 10 03 at 7.44.40 PM 1
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC