28
Kha, Mac

Grid List

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL

MARITIM MALAYSIA LUPUS TIGA BOT NELAYAN VIETNAM DITENGGELAMKAN UNTUK DIJADIKAN TUKUN

KEMAMAN, 29 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang melupuskan tiga bot nelayan asing Vietnam yang ditahan dan dilucut hak atas kesalahan menceroboh perairan negara dengan ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di perairan Kemasik, Kemaman hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, proses melupuskan ketiga-tiga bot ini dengan menenggelamkan sebagai tukun tiruan merupakan julung kali dilaksanakan di perairan Kemasik oleh Maritim Negeri Pahang.

Terdahulu, tiga bot nelayan asing telah dilupuskan dengan ditenggelamkan secara tukun di perairan Pulau Susu Dara, Besut dan tiga bot lagi di perairan Teluk Tekek, Tioman.

Ketiga-tiga bot yang dilucut hak telah ditahan oleh Kapal Maritim (KM) LANGKAWI, KM PEKAN serta Bot KILAT 49 kerana  menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di antara tahun 2020 dan 2021.

Proses penenggelaman bot sebagai tukun tiruan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) dan mendapati lokasi tersebut mempunyai kedalaman air 23 meter dan lebih kurang 11.5 batu nautika dari jeti Zon Maritim Kemaman.

Kawasan terbabit dijadikan habitat baharu serta tidak menjejaskan ekosistem marin dan sebagai peranti pemuliharaan biodiversiti marin serta memberikan manfaat kepada nelayan pesisir pantai. Ia juga akan menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan kepada hidupan laut.

Sebagai makluman, tiga bot yang dilupuskan ini dianggarkan bernilai RM 4.2 juta di mana lokasi penenggelaman bot ini di pilih adalah kerana permintaan daripada komuniti maritim setempat iaitu nelayan di sekitar Kemasik. Melalui kerjasama ini diharapkan komuniti sentiasa menitikberatkan keselamatan di laut, peka terhadap keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sentiasa bersedia menghadapi musim tengkujuh dan angin Monsun Timur Laut.

Pelupusan ini juga dapat mengurangkan kesesakan bot-bot tahanan asing di jeti Pusat Tahanan Vesel. 

Sehingga Ogos 2022, terdapat empat bot nelayan asing telah ditahan berada di bawah pengawasan Maritim Negeri Pahang yang telah lucut hak oleh mahkamah dan mendapat kelulusan Ibu Pejabat APMM untuk dilupuskan secara musnah pecah.

Empat bot lagi masih di dalam proses mahkamah, turut akan dilupuskan sekiranya mendapat perintah lucut hak oleh mahkamah.

Manakala dua bot lagi telah mendapat perintah lucut hak mahkamah dan sedang dalam proses penilaian untuk permohonan pelupusan.

Maritim Malaysia sentiasa berusaha memastikan perairan negara selamat kepada komuniti maritim dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

 b    d
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.

 

EXCO TRG
 
EXCO TRG 2
 
EXCO TRG 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC