29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN KERANA MENANGKAP IKAN DI LUAR ZON YANG TELAH DITETAPKAN

BINTULU, 12 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan dua vesel nelayan tempatan disyaki telah melakukan aktiviti perikanan tanpa kebenaran iaitu menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan seperti yang ditetapkan di dalam buku lesen. Kedua-dua vesel nelayan tersebut masing-masing ditahan pada jarak lebih kurang empat dan lima batu nautika dari Pantai Samalaju, Bintulu pada 6 september, sekitar jam 6.30 pagi, selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Bin Saad berkata, vesel nelayan tersebut ditahan ketika melakukan aktiviti penangkapan ikan secara menunda. Tangkapan dibuat atas aduan daripada komuniti nelayan setempat kerana terdapatnya segelintir vesel nelayan tempatan yang menceroboh kawasan pesisir pantai dan merosakkan peralatan menangkap ikan bagi nelayan-nelayan kecil khususnya nelayan pesisir pantai.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua vesel tersebut dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong. Dua orang tekong termasuk semua kru adalah warga Indonesia berumur dalam lingkungan 28 hingga 77 tahun dan kesemua kru tersebut mempunyai dokumen pengenalan diri iaitu passport.

Maritim Malaysia turut menyita dua vesel, peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda, beserta 150 kilogram ikan campur yang dipercayai baru ditangkap.

Kesemua kru beserta bot nelayan ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

Kedua-dua vesel tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut serta mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim bagi melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kecemasan di laut melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

WhatsApp Image 2022 09 12 at 7.50.56 PM    WhatsApp Image 2022 09 12 at 7.50.58 PM 
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC