28
Kha, Mac

Grid List

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

PENDATANG ASING TANPA IZIN GAGAL LOLOS DIRI PULANG KE NEGARA ASAL

31 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA

KUALA KURAU, 1 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau telah merampas 31 set bubu naga di kedudukan 1.2 dan 1.3 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang, Perak pada jam 8.50 pagi, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin, pasukan bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan pelampung yang mencurigakan disyaki penanda kepada bubu naga.

Hasil pemeriksaan, menemukan sebanyak 16 set bubu naga di lokasi pertama iaitu di kedudukan 1.3 batu nautika barat daya Pulau Kalumpang dan selebihnya dijumpai di 1.2 batu nautika perairan yang sama. Kesemua bubu naga dan penanda dirampas serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini dianggarkan berjumlah RM 2,790.00 dengan nilai RM 90.00 setiap satu set.

Kes disiasat dibawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan yang tidak dilesenkan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kelestarian ekosistem perairan Malaysia. Maritim Malaysia akan terus komited dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di laut.

Sebarang salah laku jenayah dan kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Maritim Malaysia di talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.

 

 

IMG 20220901 WA0021   IMG 20220901 WA0019
IMG 20220901 110223   IMG 20220901 WA0026
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI TERENGGANU KE ATAS EXCO TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas EXCO Pertanian,Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara, isu berkaitan bot-bot nelayan tempatan, pengoperasian dan penguatkuasaan serta hal-hal berkaitan.

 

EXCO TRG
 
EXCO TRG 2
 
EXCO TRG 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC