TANJUNG SEDILI, 14 Ogos - Seramai 20 orang pegawai dan anggota Zon Maritim Tanjung Sedili telah menyertai program mendekorasi SK Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pagi semalam.
Program didahului dengan ucapan terima kasih Guru Besar sekolah, Tuan Haji Ahsahri bin Haji Kasdi dan penyampaian sijil penghargaan kepada jabatan dan agensi terlibat. Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan juga turut menggembleng tenaga menyertai program ini.
Program yang dianjurkan ini bertujuan menarik minat dan memberi semangat kepada pelajar untuk ke sekolah dengan mengecat serta memberi wajah baru yang lebih ceria telah selesai dengan jayanya pada jam lebih kurang 1.30 petang.