UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL (UKMSK) ZM LABUAN
LABUAN, 12 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Labuan telah berjaya melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) jenis Glock 19 dan CZ 75 SP-01 disini, semalam.
Latihan ini telah dijalankan pada 10 hingga 11 Ogos 2022 bertempat di Lapang Sasar Tanjung Taras, Wilayah Persekutuan Labuan. Salah satu tujuan latihan ini dibuat adalah bertujuan untuk membina keyakinan dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemampuan pegawai dan anggota dalam pengendalian senjata api kecil yang lazimnya digunakan oleh warga APMM. Selain itu, ia juga sebagai latihan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran menembak senjata api kecil.
Latihan dilaksanakan dalam bentuk pertandingan Precision dan Falling Plate mengikut rumah-rumah sukan (Merah, Putih, Biru dan Kuning) ZM Labuan. Sekaligus, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan pegawai dan anggota serta warga ZM Labuan.
LT DYA (M) Dilsa bin Akmad
Pegawai Perhubungan Awam
Zon Maritim Labuan