18
Kha, Apr

Grid List

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

TAHAN BOT TUNDA, TIADA LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI (DSL)

PINDAH 10,000 LITER DIESEL SECARA ‘HARAM’, SEBUAH BOT TUNDA DAN LORI TANGKI DISITA

PROGRAM DIALOG BERSAMA PEMBEKAL DARI NEGERI SABAH DAN SARAWAK BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI MARITIM MALAYSIA

KUCHING, 5 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak, berlangsungnya satu program dialog antara Maritim Malaysia bersama wakil pembekal dari negeri Sabah dan Sarawak, yang bertempat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) hari ini.

           WhatsApp Image 2022 08 05 at 5.32.20 PM

Program dialog ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som. Turut hadir bersama pada program tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Pengarah Kejuruteraan, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab, dan Pengarah Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Md Fauzi bin Othman.

WhatsApp Image 2022 08 05 at 5.32.21 PM 2

Seramai 30 orang wakil-wakil pembekal dari negeri Sabah dan Sarawak hadir pada program dialog yang mana julung kalinya diadakan. Dialog tersebut merupakan satu medium bertujuan untuk mendapatkan maklum balas selain menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh wakil pembekal yang terlibat dalam perkhidmatan pembaikan aset agensi.

Program yang dianjurkan ini adalah antara inisiatif Bahagian Kejuruteraan, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi menyelaraskan keperluan semasa pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kapal dan bot milik agensi untuk lebih teratur, selaras dengan garis panduan prosedur perolehan dan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

WhatsApp Image 2022 08 05 at 5.32.21 PM

Ketua Pengarah Maritim Malaysia turut menyampaikan sijil perakuan pendaftaran pembekal kepada wakil yang hadir.

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PEGANGKUTAN JALAN

KUALA TERENGGANU, 17 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Zulkarnain bin Yasin di Pejabat Pengarah JPJ Negeri Terengganu semalam.

Turut mengiringi Pengarah dalam kunjungan tersebut Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Terengganu, En. Mohd Mufsi bin Lat.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua agensi membincangkan mengenai cabaran penguat kuasa dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama di masa hadapan.

 

LAWAT JPJ
 
LAWAT JPJ 2
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC